• About Us
    • UTMSPACE At A Glance
    • Brief History
    • Greetings from the Dean
    • Vision & Mission
    • Customer Charter
    • Organization Structure
    • International Affairs
  • Academic Programmes
    • Full-time Diploma Programmes
    • Franchise Diploma Programme
    • Part-time Diploma Programmes
    • Part-time Degree Programmes
  • Professional Programmes
    • Executive Programmes
    • English Programmes
    • Short Courses
    • UTM Professional Skills Certificate
  • Conference
  • Summer School
  • CONTACT US
    • Learning Centers
    • Visitor Information
    • Contact Information
  • Upcoming Conference
  • Archives
  • Photo Gallery
  • Contact Us
  • FAQ

Skip Navigation LinksHome : Upcoming Conference : FAQ


FAQ

Apakah Unit Pembangunan Profesional?

Unit Pembangunan Profesional merupakan salah satu bahagian yang terpenting dalam UTMSPACE yang bertanggungjawab menyediakan program bagi pihak UTM khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Fungsi Unit ini adalah untuk:

Merancang, menyedia, mempromosi, melaksana dan menguruskan Program Pembangunan Profesional (technical and softskill) seperti :-

        1. Kursus Pendek (public / in-house)
        2. Seminar/Persidangan
        3. Menjadi Pengurus Acara bagi pihak UTMSPACE dalam pelbagai program kendalian Fakulti/Universiti atau pihak luar.

Boleh terangkan tentang program-program yang ditawarkan dari Unit Pembangunan Profesional ini?

Bagi kursus pendek,terdapat 2 jenis iaitu jenis teknikal dan insaniah (soft skills).

UTMSPACE juga membuka tawaran kepada mana-mana organisasi yang berminat untuk menganjurkan kursus dalaman yang boleh direka khas mengikut keperluan masing-masing.

Untuk melihat kursus yang kita tawarkan, boleh layari laman web www.utmspace.utm.my – di bawah Short Course.

Apakah kursus-kursus pendek yang ditawarkan oleh UTMSPACE?

UTMSPACE menawarkan lebih daripada 350 kursus pendek sama ada technical atau soft skill yang dikelaskan kepada beberapa bidang iaitu:
        1. Alam Bina (Built Environment)
        2. Kejuruteraan Awam (Civil Engineering)
        3. Kejuruteraan Alam Sekitar (Environmental Engineering)
        4. Kejuruteraan Elektrik (Electrical Engineering)
        5. Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical Engineering)
        6. Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering)
        7. Kejuruteraan Sains Geoinformasi (Geoinformation Science Engineering)
        8. Teknologi Maklumat
        9. Pengurusan Kualiti
        10. Peningkatan Produktiviti
        11. Pengurusan dan Sumber Manusia
        12. Pembangunan Personel

Bagaimana pula dengan seminar/persidangan di UTMSPACE?

UTMSPACE telah memainkan peranan sebagai pengurus acara yang berwibawa dan melalui penganjuran seminar dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai persidangan yang telah dan akan dilaksanakan boleh didapati di laman web UTMSPACE.

Apakah jangkamasa program yang dijalankan?

Secara amnya, program dijalankan selama 1 hingga ke 5 hari. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada modul yang ditawarkan.

Siapa kumpulan sasar atau peserta bagi program ini?
Program yang kita tawarkan adalah terbuka untuk semua, terutamanya golongan dewasa yang ingin memperkasa pembelajaran sepanjang hayatnya.
Adakah program yang ditawarkan mempunyai kelayakan minimum untuk mengikutinya?
UTMSPACE akan memaklumkan jika terdapat kelayakan minimum sesuatu program di dalam brosur yang disediakan.

Bagaimana saya hendak mengetahui tarikh penganjuran program tersebut?

Anda boleh mendapatkan Kalendar Program Pembangunan Profesional UTMSPACE dari www.utmspace.edu.my. Selain itu, kami akan menghantar surat/ emel/ faks jemputan mengikuti program kepada semua organisasi yang terdapat di dalam pangkalan data organisasi kami. Makluman program juga diiklankan di dalam akhbar perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times dan The Star).
Bagaimana dengan pemilihan lokasi dan bayaran yuran yang dikenakan ?

Lokasi bagi program yang dijalankan adalah di serata Malaysia, malah ada juga yang dijalankan di tempat-tempat yang menarik seperti di Pulau Langkawi, Cameron Highlands, dan beberapa lokasi menarik seperti di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Bharu.

Bagi yuran penyertaan pula, kami menyediakan harga yang amat berpatutan iaitu antara RM350 hingga RM1200 (bergantung kepada jenis kursus dan pakej yang dipilih; dengan penginapan dan sebagainya)

Bagaimana saya ingin mendaftar untuk mengikuti program yang ditawarkan?

Sila hubungi kami untuk mendapatkan borang penyertaan. Sekiranya anda menerima surat jemputan mengikuti program, borang pendaftaran terdapat di dalam brosur yang disertakan. Surat pengesahan penyertaan akan dikeluarkan sebaik sahaja dokumen yang diperlukan lengkap diterima:
        1. Borang Pendaftaran yang telah lengkap
        2. Surat pengesahan organisasi/Pesanan Kerajaan bagi tujuan pembayaran; atau
        3. Bayaran yang telah dibuat melalui pindahan telegrafik, cek berpalang, deraf bank atau deposit ke akaun bank UTMSPACE : 0116-0000426-10-7 (CIMB             Bank Berhad)

Apakah tempoh yang sesuai untuk saya membuat pendaftaran program?
10 hari bekerja sebelum tarikh program dijalankan. Pendaftaran “walk-in” diterima tertakluk kepada kekosongan.
Bagaimana jika saya tidak dapat hadir dalam setiap sesi program yang sedang berlangsung?
Untuk penganugerahan sijil, peserta perlu mengikuti sekurang-kurangnya 70% daripada sesi program.
Bagaimana jika program tersebut dibatalkan atau ditunda?
UTMSPACE akan membatalkan atau menunda program jika kurang penyertaan atau masalah-masalah lain yang tidak dapat diatasi. Kami akan memaklumkan pembatalan tersebut kepada peserta selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh program. Yuran pendaftaran akan dikembalikan.
Bagaimana pula dengan penganjuran program di luar Malaysia?

UTMSPACE telah dilantik oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menguruskan penyertaan 12 IPTA/S dari Malaysia dalam pameran pendidikan yang dinamakan NAFSA2010 yang telahpun berlangsung pada 30 Mei hingga 4 Jun 2010 yang lepas. Program ini telah dijalankan di Kansas City, Amerika Syarikat, UTMSPACE.

Selain daripada itu, UTMSPACE juga adalah menjalankan program di Indonesia dan Singapura.

Bagaimana sekiranya saya ingin melantik UTMSPACE sebagai Pengurus Acara?
UTMSPACE menyediakan pelbagai pakej yang menarik seperti penyediaan sekretariat sepanjang program, tempahan logistik, promosi dan pemasaran, penyediaan laman web rasmi program, urusan pendaftaran secara “online” dan sebagainya bergantung kepada perbincangan bersama.
Apakah kelebihan Program Pembangunan Profesional UTMPSACE khasnya bagi kesemua program yang ditawarkan kepada umum ini?

        1. Tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada Pensyarah Akademik yang mempunyai pengalaman yang luas dan yang mempunyai pengalaman dalam         bidang industri dan ada juga pengajar yang mempunyai kepakaran khas dalam bidang industri tertentu.
        2. UTMSPACE juga adalah Penyedia Latihan Kelas A yang berdaftar di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
        3. Selain itu, kursus yang ditawarkan membantu dalam peningkatan kemahiran dan pengalaman serta peningkatan kerjaya.
        4. Kursus pembangunan insaniah mampu untuk meningkatkan kemahiran dan motivasi supaya menjadi pekerja/pelajar yang lebih baik dalam organisasi.
        5. Kursus teknikal pula mampu untuk meningkatkan kemahiran seseorang dalam bidang yang diceburinya supaya lebih berpengalaman dan terlatih.
        6. Sesiapa sahaja boleh menyertai kursus ini malah mana-mana organisasi boleh mendaftarkan para pekerjanya untuk menyertai kursus-kursus ini supaya dapat meningkatkan kemahiran softskills (insaniah) atau teknikal mereka di tempat kerja.
Bagaimana untuk saya menghubungi pihak Unit Pembangunan Profesional untuk sebarang pertanyaan?

Saudara boleh menghubungi kami melalui:

Surat kepada :

Unit Pembangunan Profesional, UTMSPACE, 34-50 Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Telefon: 07-521 8159/ 64/ 70

Faks: 07-521 1355

E-mel: nurulain@spaceutm.edu.my (Kursus Pendek) atau raihana@spaceutm.edu.my (Seminar/Persidangan)

atau individu yang berkenaan dengan program yang dianjurkan


Staff Portal | Lecturer Portal | Student Portal | Career @ UTMSPACE |
Copyright © 2011 School of Professional & Continuing Education, Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE).