Home : Short Courses : Short Courses FAQ
Unit Pembangunan Profesional merupakan salah satu bahagian yang terpenting dalam UTMSPACE yang bertanggungjawab menyediakan program bagi pihak UTM khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang.
Fungsi Unit ini adalah untuk:
Merancang, menyedia, mempromosi, melaksana dan menguruskan Program Pembangunan Profesional (technical and softskill) seperti :-
1. Kursus Pendek (public / in-house) 2. Seminar/Persidangan 3. Menjadi Pengurus Acara bagi pihak UTMSPACE dalam pelbagai program kendalian Fakulti/Universiti atau pihak luar.
Bagi kursus pendek,terdapat 2 jenis iaitu jenis teknikal dan insaniah (soft skills).
UTMSPACE juga membuka tawaran kepada mana-mana organisasi yang berminat untuk menganjurkan kursus dalaman yang boleh direka khas mengikut keperluan masing-masing.
Untuk melihat kursus yang kita tawarkan, boleh layari laman web www.utmspace.utm.my – di bawah Short Course.
UTMSPACE menawarkan lebih daripada 350 kursus pendek sama ada technical atau soft skill yang dikelaskan kepada beberapa bidang iaitu: 1. Alam Bina (Built Environment) 2. Kejuruteraan Awam (Civil Engineering) 3. Kejuruteraan Alam Sekitar (Environmental Engineering) 4. Kejuruteraan Elektrik (Electrical Engineering) 5. Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical Engineering) 6. Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering) 7. Kejuruteraan Sains Geoinformasi (Geoinformation Science Engineering) 8. Teknologi Maklumat 9. Pengurusan Kualiti 10. Peningkatan Produktiviti 11. Pengurusan dan Sumber Manusia 12. Pembangunan Personel
UTMSPACE telah memainkan peranan sebagai pengurus acara yang berwibawa dan melalui penganjuran seminar dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Maklumat lanjut mengenai persidangan yang telah dan akan dilaksanakan boleh didapati di laman web UTMSPACE.
Secara amnya, program dijalankan selama 1 hingga ke 5 hari. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada modul yang ditawarkan.
Bagaimana saya hendak mengetahui tarikh penganjuran program tersebut?
Lokasi bagi program yang dijalankan adalah di serata Malaysia, malah ada juga yang dijalankan di tempat-tempat yang menarik seperti di Pulau Langkawi, Cameron Highlands, dan beberapa lokasi menarik seperti di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Bharu.
Bagi yuran penyertaan pula, kami menyediakan harga yang amat berpatutan iaitu antara RM350 hingga RM1200 (bergantung kepada jenis kursus dan pakej yang dipilih; dengan penginapan dan sebagainya)
Sila hubungi kami untuk mendapatkan borang penyertaan. Sekiranya anda menerima surat jemputan mengikuti program, borang pendaftaran terdapat di dalam brosur yang disertakan. Surat pengesahan penyertaan akan dikeluarkan sebaik sahaja dokumen yang diperlukan lengkap diterima: 1. Borang Pendaftaran yang telah lengkap 2. Surat pengesahan organisasi/Pesanan Kerajaan bagi tujuan pembayaran; atau 3. Bayaran yang telah dibuat melalui pindahan telegrafik, cek berpalang, deraf bank atau deposit ke akaun bank UTMSPACE : 0116-0000426-10-7 (CIMB Bank Berhad)
UTMSPACE telah dilantik oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menguruskan penyertaan 12 IPTA/S dari Malaysia dalam pameran pendidikan yang dinamakan NAFSA2010 yang telahpun berlangsung pada 30 Mei hingga 4 Jun 2010 yang lepas. Program ini telah dijalankan di Kansas City, Amerika Syarikat, UTMSPACE.
Selain daripada itu, UTMSPACE juga adalah menjalankan program di Indonesia dan Singapura.
Saudara boleh menghubungi kami melalui:
Surat kepada :
Unit Pembangunan Profesional, UTMSPACE, 34-50 Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor
Telefon: 07-521 8159/ 64/ 70
Faks: 07-521 1355
E-mel: nurulain@spaceutm.edu.my (Kursus Pendek) atau raihana@spaceutm.edu.my (Seminar/Persidangan)
atau individu yang berkenaan dengan program yang dianjurkan